Epilog Kehidupan V

Satu itulah namanya

Satu itu awal semua

Satu dalam batinku

Satu dalam ucapku

Satu dalam khayalku

Satu yang akan kekal

Maka musnahlah yang berbilang

Satu yang akan tinggal

Jadi binasalah yang berulang

Akulah pencari yang Satu

Maka sirnalah yang berbilang

Dan terhempas yang berulang

Bukakan jalan menyambut yang Satu